GABUNGAN Parti Sarawak memberi syarat agar salah satu peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan dipinda untuk menggambarkan status Sabah dan Sarawak setara dengan Malaya, jika Perikatan Nasional mahu parti itu menyokongnya di Dewan Rakyat, kata Ketua Menteri Sarawak Abang Johari Abang Openg.
Pindaan Perlembagaan Persekutuan memerlukan sokongan dua pertiga anggota Dewan Rakyat.
Abang Johari berkata sekiranya Perkara 160(2) mengenai tarif “Persekutuan” boleh dipinda, maka GPS akan menggugurkan tuntutannya supaya frasa “menurut Perjanjian Malaysia 1963” dimasukkan dalam usul pindaan Perkara 1(2) untuk mengembalikan status setara Sabah dan Sarawak dalam Malaysia.
“Ini atau yang satu lagi,” katanya kepada pemberita di Kuching hari ini.
Beliau mengulas Jemaah Menteri di Putrajaya Perjanjian Malaysia (MA63) semalam.
Takrif “persekutuan” dalam Artikel 160 bermaksud “persekutuan yang ditubuhkan di bawah Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957”.
GPS mahu rujukan kepada perjanjian 1957 Malaya ditukar kepada Perjanjian Persekutuan 1963.
Kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini cuba meminda Perkara 1 (2) Perlembagaan pada 9 April tahun lepas tetapi gagal mendapat majoriti dua pertiga untuk diluluskan di Dewan Rakyat selepas Ahli Parlimen daripada Sarawak dan pembangkang memilih untuk tidak mengundi. – 12 Mac, 2020.
Berita penuh di sini.
Komen