RM2.6 bilion yang masuk ke dalam akaun Najib Razak adalah salah satu daripada tumpuan utama pembelaan dalam perbicaraan SRC International yang berakhir hari ini selepas tiga bulan drama mahkamah.
Wang yang didepositkan ke dalam akaun bank peribadi Najib pada 2013 adalah subjek perbicaraan 1Malaysia Development Bhd yang sedang berlangsung tetapi peguam bela mengemukakan hujah mereka dalam perbicaraan SRC International bahawa wang itu adalah derma sah daripada Arab Saudi.
Peguam-peguam Najib berhujah yang beliau beranggapan akaunnya dipenuhi dengan derma daripada kerabat Arab Saudi apabila beliau menandatangani berjuta-juta cek pada 2014 dan 2015 yang menjadi sebahagian daripada tujuh tuduhan jenayah yang dihadapinya dalam perbicaraan SRC International.
Pendakwa berkata RM2.6 bilion dikaitkan dengan 1MDB dan Najib bersekongkol dengan orang lain untuk menipu entiti termasuk bekas anak syarikat SRC International.
Bulan lalu peguam bela memanggil dua bekas menteri dari kabinet Najib dan bekas timbalan yang menjadi saksi untuk menghadiri pertemuan pada 11 Januari 2010 di mana Raja Arab Saudi Raja Abdullah Abdul Aziz Al-Saud didakwa menawarkan Najib sumbangan untuk membantu pada pilihan raya 2013.
Pertemuan itu disaksikan oleh bekas menteri luar negeri Anifah Aman dan duta besar Malaysia ke Arab Saudi Syed Omar Al-Saggaf dan menteri hal ehwal Islam Jamil Khir Bahrom.
Kesemuanya memberi keterangan bahawa mereka dimaklumkan yang Raja Abdullah menawarkan sumbangan bagi memastikan Malaysia kekal sebagai model negara Islam dan untuk membendung penyebaran perpecahan berikutan pemberontakan Arab.
Jamil Khir memberi keterangan bahawa beliau mendengar tawaran Raja Arab menyalurkan derma terus ke akaun bank Najib untuk mengelakkan komplikasi politik.
Berita penuh di sini.
Komen