MALAYSIA mengesahkan 12 lagi kes baharu Covid-19 hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara ini naik kepada 129, kata Menteri Kesihatan Dr Adham Baba.
Beliau berkata kes baharu ini dikesan melalui kontak rapat dengan kes lain.
Dua belas kes itu ada kaitan dengan kes 33, tambah Dr Adham.
Beliau juga berkata seorang lagi pesakit - pesakit 87 - dibenarkan pulang selepas sembuh sepenuhnya. Ini bermakna seramai 25 pesakit sembuh daripada jangkitan Covid-19 setakat ini.
“Daripada 129 pesakit, 25 sudah dibenarkan pulang. Ini satu perkembangan yang baik,” katanya pada sidang media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.
Adham berkata Kementerian Kesihatan menempatkan pegawai di pintu masuk antarabangsa termasuk KLIA bagi membendung penularan wabak Covid-19.
Beliau turut menasihatkan orang ramai mengelakkan tempat yang sesak. – 10 Mac, 2020.
.jpg)
Komen