PARA pemimpin utama dalam Perikatan Nasional antara empat menteri kanan yang menganggotai Kabinet baharu seperti diumumkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin petang ini.
Dalam ucapannya, Muhyiddin berkata menteri berkenaan menumpukan kepada empat bidang utama iaitu ekonomi, keselamatan, pembangunan infrastruktur serta pendidikan dan sosial.
Muhyiddin berkata, pelantikan empat menteri kanan adalah untuk memastikan isu-isu berbangkit yang melibatkan empat bidang utama tersebut dapat diselaraskan dengan lebih baik.
“Pelantikan menteri-menteri kanan ini akan membolehkan isu berbangkit antara kementerian dalam bidang-bidang yang saya sebutkan tadi dapat diselaras dengan lebih cekap dan berkesan,” katanya.
Menurut Muhyiddin, empat menteri kanan itu menjalankan tanggungjawab yang dimainkan oleh timbalan perdana menteri sebelum ini termasuk mempengerusikan mesyuarat kabinet sewaktu ketiadaan beliau.
“Menteri-menteri kanan akan membantu saya menjalankan tugas sebagai perdana menteri termasuklah mempengerusikan mesyuarat kabinet di waktu ketiadaan saya dalam negara.
“Dengan adanya menteri-menteri kanan ini, maka tiada keperluan pada masa ini untuk seorang timbalan perdana menteri dilantik,” katanya.
Di pangkal senarai itu adalah bekas timbalan presiden PKR Azmin Ali sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa.
Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob seorang lagi menteri kanan mengetuai Kementerian Pertahanan manakala Ketua Penerangan Bersatu Radzi Jidin mengetuai Kementerian Pendidikan.
Seorang lagi menteri kanan yang diumumkannya ialah Ketua Whip GPS Fadillah Yusof di Kementerian Kerja Raya.
Dalam pengumuman yang disiar langsung itu, Muhyiddin turut mengumumkan seorang pakar bidang, CEO CIMB Tengku Zafrul Abdul Aziz sebagai Menteri Kewangan.
Seorang lagi pakar bidang, Mufti Wilayah Persekutuan Zulkifli Mohamad Al-Bakri dilantik sebagai menteri Jabatan Perdana Menteri bagi hal ehwal agama.
Berikut senarai penuh 32 orang menteri dan 38 orang timbalan menteri, melibatkan 63 ahli Parlimen Perikatan Nasional yang diumumkan Muhyiddin:
Menteri Kanan - Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Mohamed Azmin Ali
Timbalan Menteri: Lim Ban Hong (akan dilantik sebagai senator)
Menteri Kanan - Menteri Pertahanan
Ismail Sabri Bin Yaakob
Timbalan Menteri: Ikhmal Hisham Abdul Aziz
Menteri Kanan - Menteri Kerja Raya
Fadillah Yusof
Timbalan Menteri: Shahruddin Md Salleh
Menteri Kanan - Menteri Pendidikan
Mohd Radzi Md Jidin
Timbalan Menteri I: Mah Hang Soon (akan dilantik sebagai senator)
Timbalan Menteri II: Muslimin Yahaya
Menteri Kewangan
Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz (akan dilantik sebagai senator)
Timbalan Menteri I: Abd Rahim Bakri
Timbalan Menteri II: Mohd Shahar Abdullah
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi)
Mustapa bin Mohamed
Timbalan Menteri: Arthur Joseph Kurup
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas)
Mohd Redzuan Md Yusof
Timbalan Menteri: Mastura Yazid
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undangundang)
Takiyuddin Hassan
Timbalan Menteri: Eddin Syazlee Shith
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
Zulkifli Mohamad Al-Bakri (akan dilantik sebagai senator)
Timbalan Menteri: Ahmad Marzuk Shaary
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak)
Maximus Johnity Ongkili
Timbalan Menteri: Hanifah Hajar Taib
Menteri Pengangkutan
Wee Ka Siong
Timbalan Menteri: Hasbi Habibollah
Menteri Alam Sekitar
Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Menteri: Ahmad Masrizal Muhammad (akan dilantik sebagai senator)
Menteri Sumber Manusia
Saravanan Murugan
Timbalan Menteri: Awang Hashim
Menteri Wilayah Persekutuan
Annuar Musa
Timbalan Menteri: Santhara Kumar
Menteri Wanita dan Keluarga
Rina Harun
Timbalan Menteri: Siti Zailah Mohd Yusoff
Menteri Pengajian Tinggi
Noraini Ahmad
Timbalan Menteri: Mansor Othman
Menteri Tenaga dan Sumber Asli
Shamsul Anuar Nasarah
Timbalan Menteri: Ali Biju
Menteri Dalam Negeri
Hamzah Zainuddin
Timbalan Menteri I: Ismail Mohamed Said
Timbalan Menteri II: Jonathan Yassin
Menteri Kesihatan
Dr Adham Baba
Timbalan Menteri I: Dr Noor Azmi Ghazali
Timbalan Menteri II: Aaron Ago Dagang
Menteri Pertanian dan Industri Makanan
Ronald Kiandee
Timbalan Menteri I: Ahmad Hamzah
Timbalan Menteri II: Che Abdullah Mat Nawi
Menteri Pembangunan Luar Bandar
Abd Latiff Bin Ahmad
Timbalan Menteri I: Abdul Rahman Mohamad
Timbalan Menteri II: Henry Sum Agong
Menteri Luar Negeri
Hishammuddin Hussein
Timbalan Menteri: Kamaruddin Jaffar
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
Alexander Nanta Linggi
Timbalan Menteri: Rosol Wahid
Menteri Komunikasi dan Multimedia
Saifuddin Abdullah
Timbalan Menteri: Zahidi Zainul Abidin
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Zuraida Kamaruddin
Timbalan Menteri: Ismail Abd Mutalib
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi
Khairy Jamaluddin
Timbalan Menteri: Ahmad Amzad Hashim
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi
Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Timbalan Menteri: Mas Ermieyati Samsudin
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi
Mohd Khairuddin Aman Razali
Timbalan Menteri I: Wee Jeck Seng
Timbalan Menteri II: Willie Mongin
Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan
Nancy Shukri
Timbalan Menteri: Jeffrey Kitingan
Menteri Perpaduan Negara
Halimah Mohamed Sadique
Timbalan Menteri: Tiong King Sing
Menteri Belia dan Sukan
Reezal Merican Naina Merican
Timbalan Menteri: Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (akan dilantik sebagai senator). – 9 Mac, 2020.

Komen