Pendakwa raya tuduh peguam Najib gali maklumat dari Latheefa Koya


Bede Hong

Bekas ketua SPRM Latheefa Koya kekal dengan jawapan bahawa beliau tidak mengetahui bagaimana rakaman itu diperolehi. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 9 Mac, 2020.

PIHAK pendakwa raya kes SRC International menuduh peguam Najib Razak cuba menggali maklumat semasa menyoal bekas ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Latheefa Koya.

Pada perbicaraan SRC International hari ini, Timbalan Pendakwa Ad Hoc Raya V. Sithambaram membantah soalan yang dikemukakan ketua peguam bela Muhammad Shafee Abdullah terhadap saksi ke-13 itu.

Sithambaram berkata pihak pembelaan melayan saksi seperti mereka melakukan sesi soal balas terhadapa saksi pendakwaan.

“Ini adalah cubaan mendapatkan maklumat oleh mereka untuk mengetahui bagaimana SPRM memperoleh pita rakaman,” kata Sithambaram.

“Mereka mahu mengetahui lebih lanjut tentang bukti itu dan menyoal balas saksi mereka sendiri.”

Peguam bela menyoal Latheefa tentang sembilan rakaman audio individu berporfil tinggi termasuk Najib.

Latheefa kekal dengan jawapan bahawa beliau tidak mengetahui bagaimana rakaman itu dibuat.

Rakaman tersebut merupakan perbualan telefon beberapa individu termasuk Najib bertarikh antara 5 Januari 2016 hingga 29 Julai 2016.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Mohd Nazlan Mohd Nazlan menegaskan bahawa Latheefa mempunyai hak untuk tidak menjawab soalan tentang kaedah pintasan yang digunakan untuk mendapatkan rakaman audio itu.

Ini kerana pihak pendakwaaan berkata rakaman itu tidak diterima sebagai bukti di mahkamah.

Sebelum ini, Shafee berkata rakaman itu memberi kelebihan kepada kes kliennya.

Sithambaram memberitahu mahkamah bahawa pihak pembelaan tahu bahawa rakaman itu tidak diterima di mahkamah tetapi masih cuba menggali maklumat untuk mengetahui gerak kerja bahagian perisikan SPRM.

Beliau berkata soalan itu dilihat memberi manfaat untuk kes lain selain perbicaraan SRC International.

Nazlan membenarkan sesi menyoal diteruskan. – 9 Mac, 2020.

Berita penuh di sini.
 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen