MUHYIDDIN dan rakan politik baharunya tidak akan cuba menjatuhkan kerajaan negeri Mukhriz Mahathir di Kedah bagi mengelakkan konfrontasi dengan bapa kepada menteri besar itu, lapor Malaysiakini.
Menurut aporan itu yang memetik sumber, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin tidak mahu mencetuskan isu dengan Dr Mahathir Mohamad.
“Kedudukan Mukhriz sebagai menteri besar dijangka kekal, kerana PAS sendiri tidak memberi tekanan untuk mengubah kerajaan.
“Malah, perdana menteri enggan campur tangan kerana Mukhriz masih bersama Bersatu.
“Ini untuk mengelakkan pertelingkahan dengan Mahathir susulan pertukaran kerajaan,” sumber dipetik sebagai berkata.
Mukhriz menjadi menteri besar Kedah selepas Pakatan Harapan memenangi pilihan raya umum pada Mei 2018.
Timbalan presiden Bersatu itu menyokong bapanya yang juga pengerusi dan pengasas parti untuk menolak Muhyiddin sebagai perdana menteri.
Mereka menyokong untuk PH kekal berkuasa di perngkat persekutuan manakala Muhyiddin, yang merupakan presiden Bersatu bekerjasama dengan Umno, PAS dan beberapa pemimpin lain untuk membentuk Perikatan Nasional bagi menubuhkan kerajaan baharu.
Sejak dijatuhkan dari Putrajaya, PH hilang kuasa di Johor, Melaka dan Perak manakala di Kedah juga dijangka akan jauh.
Kini, PAS mempunyai 15 kerusi di Dewan Undangan Negeri Kedah, diikuti PKR (7), Bersatu (6), Amanah (4), Umno (2) dan DAP (2).
Bagaimanapun, pada 27 Februari lalu, Mukhriz mengumumkan beliau mendapat sokongan 19 Adun untuk kekalkan kerajaan negeri. – 8 Mac, 2020.
Komen