Pengundi kembali kepada Pakatan


Chan Kok Leong

Sebahagian orang ramai yang hadir pada ceramah anjuran Pakatan Harapan di Taman Sri Andalas, Klang, malam tadi. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 8 Mac, 2020.

KETIKA ceramah terakhir di Taman Sri Andalas pada 25 Julai 2018, kerajaan Pakatan Harapan (PH) baru hanya dapat menarik kurang daripada 100 hadirin.

Walaupun ramai penceramah hadir termasuk Menteri Tanah dan Sumber Asli Dr Xavier Jeyakumar; Menteri Besar Kedah, Mukhriz Mahathi;r dan Menteri Luar Negeri Saifuddin Abdullah, ia gagal menarik pengundi datang pada kempen pilihan raya kecil (PRK) Sungai Kandis.

Antara faktor penyebab adalah keletihan akibat pilihan raya yang baru berlalu dan PRK yang tidak akan mengubah komposisi akhir kerajaan negeri Selangor.

Tetapi “Jelajah Harapan” malam tadi berbeza.

Berikutan pergolakan politik dua minggu yang berakhir dengan PH kehilangan kawalan kerajaan persekutuan kepada bekas sekutu, Muhyiddin Yassin, ratusan orang hadir mendengar ceramah bekas menteri yang diketuai oleh Mohamad Sabu dan Anthony Loke.

Pengakhiran pergolakan yang dilihat oleh pengundi sebagai tindakan pengkhianatan menjadi faktor sokongan kepada PH, yang popularitinya jatuh pada minggu lalu.

Ketika Saifuddin beralih ke pihak “lain”, seorang lagi Saifuddin (Nasution Ismail) melangkah ke depan memberi penerangan terhadap apa yang berlaku kepada PH.

“Inilah kali pertama Perdana Menteri (Muhyiddin) memulakan penggalnya dengan berkata beliau bukan pengkhianat,” kata Saifuddin Nasution Ismail, setiausaha agung PKR.

“Tetapi bagaimana mungkin sedangkan rakan barunya kini Umno dan PAS. Adakah ini yang anda pilih pada 2018?”

Saifuddin berkata kerajaan “baharu” di bawah Muhyiddin juga boleh membebaskan beberapa pemimpin Umno yang kini berdepan perbicaraan rasuah.

“Kami menghormati janji untuk memastikan Najib (Razak) dibicarakan di mahkamah kerana rasuah. Tetapi jika beliau dibebaskan esok, anda perlu mengucapkan terima kasih kepada Muhyiddin dan Azmin Ali,” kata Saifuddin, di padang yang hanya 500m jaraknya dari tempat ceramah pada 2018.

Pada akhir ceramah, Azhar Ismail berkata: “Saya datang dari Bangsar dengan keluarga untuk mendengar sendiri apa yang berlaku dalam dua minggu lalu.

Bekas menteri pertahanan Mohamad Sabu turut hadir memberikan ceramah di Taman Sri Andalas, Klang, malam tadi. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 8 Mac, 2020.

“Saya ada membaca berita dan sedar PH tidak berada dalam keadaan baik kerana semua pembohongan ini. Tetapi pengkhianatan yang berlaku benar-benar membuatkan saya marah,” kata bapa kepada tiga anak itu.

Bersama isteri dan anak-anaknya, Azhar berkata ia adalah satu tragedi yang PH dikhianati sebelum mandat mereka selesai.

“Ini hanyalah satu alasan yang mereka gunakan dengan mendakwa DAP adalah penjahat dan ini adalah untuk membentuk kerajaan yang semuanya Melayu. Tetapi ia benar-benar merampas kuasa untuk diri mereka sendiri dan mengembalikan penjahat ke kerajaan,” katanya marah.

Bagi penduduk Taman Sri Andalas, V Muthusamy, kerajaan baharu tidak mempunyai mandat.

“Kami tidak mengundi Barisan Nasional dan PAS untuk berkuasa dan perdana menteri baru tidak mempunyai alasan kukuh untuk menjatuhkan PH.

“Saya faham PH tidak berfungsi dengan baik tetapi saya tidak boleh terima ia dijatuhkan seperti itu,” kata lelaki berusia 55 tahun itu.

Kerajaan PH sampai ke penghujungnya apabila Muhyiddin mengangkat sumpah sebagai perdana menteri ke-8 pada 1 Mac.

Tetapi juri masih keluar sama ada dia akan mempunyai perkataan terakhir mengenai perkara ini.

Bagaimanapun, ia masih menjadi pertikaian kerana PH mendakwa Muhyiddin tidak mempunyai sokongan majoriti di Parlimen. – 8 Mac, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen