Xavier Justo kembali ke Switzerland


Bede Hong

Pemberi maklumat 1Malaysian Development Bhd (1MDB) Xavier Andre Justo dan keluarganya kini sudah keluar meninggalkan Malaysia dan kembali ke Switzerland. – Gambar fail The Malaysian Insight, 5 Mac, 2020.

PEMBERI maklumat 1Malaysian Development Bhd (1MDB) Xavier Andre Justo dan keluarganya sudah keluar meninggalkan Malaysia dan kembali ke Switzerland.

Dalam kenyataan di Facebook Justo berkata dia tidak mahu mengambil risiko dan bimbang akan keselamatan orang yang disayangnya. 

“Kepada semua rakan Malaysia yang kami cintai, dengan rasa rendah diri, dan penuh kesedihan (saya serta keluarga) terpaksa meninggalkan negara yang kami cintai ini.

“Kami telah banyak menderita dan tidak mampu untuk mengambil risiko dalam membahayakan diri kami dengan terus berada di negara ini.

“Kami kini sudah selamat sampai di Switzerland, tetapi hati dan jiwa kami tetap bersama anda semua,” tulisnya di Facebook.

Beliau berkata keluarga terpaksa memberi anak-anak mereka dunia di mana kesahihan dan moral adalah undang-undang, sebaliknya tidak ada gunanya mengajar mereka menjadi manusia yang baik dengan nilai-nilai.

Bagaimanapaun merujuk kepada perubahan kerajaan di Malaysia beliau berkata bahawa ia bukan pengakhiran.

“Pengakhirannya akan tiba kita akan berserah dan melupakan prinsip tetapi ini tidak akan berlaku,” kata bekas pekerja PetroSaudi Antarabangsa.

Beliau berkata keluarga yakin Malaysia akan segera bangkit dengan kerajaan demokratik yang terpilih. – 5 Mac, 2020.

Berita penuh di sini. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen