MB Selangor ikrar setia pada PKR


Mohd Farhan Darwis

Amirudin Shari berkata beliau akan tetap kekal bersama PKR demi menghormati mandat yang diberikan rakyat dalam PRU14. – Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 5 Mac, 2020.

MENTERI Besar Selangor Amirudin Shari menegaskan tetap kekal bersama PKR demi menghormati mandat yang diberikan rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-14.

Adun Sungai Tua itu yang diketahui rapat dengan bekas timbalan presiden Mohamed Azmin Ali berkata beliau tetap kekal dengan PKR demi kesetiaan kepada parti.

“Saya bersama PKR, saya tak bersama Bebas atau dipecat. Bila Azmin keluar parti, saya ikut parti PKR, seperti kempen dalam pilihan raya umum, saya tunaikan janji kepada rakyat.

“Saya orang parti, bukan orang jahat,” kata Amirudin kepada pemberita selepas menghadiri pertemuan bersama Adun Pakatan Harapan (PH) di kediaman rasmi menteri besar di Shah Alam.

Kerajaan Selangor yang ditunjangi PKR masih kekal walau beberapa negeri tumbang selepas kerajaan PH dipimpin Dr Mahathir Mohamad tumbang. – 5 Mac, 2020.

Amirudin Shari bersama Adun Pakatan Harapan di kediaman rasmi menteri besar di Shah Alam hari ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 5 Mac, 2020.

MENYUSUL


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen