SAKSI dalam siasatan awam Suhakam memberitahu panel hari ini yang Pastor Joshua dan isterinya Ruth Hilmy ingin melarikan diri ke luar negara apabila mula menerima panggilan telefon yang “mengancam”.
Selvakumar Peace John Harris berkata Joshua mungkin menerima kesemua panggilan telefon sejak 2015 tetapi menambah beliau tidak diberitahu siapa yang membuat panggilan “ancaman” itu.
“Ketika mula-mula menerima ancaman, beliau ingin meninggalkan rumah di Kampung Tunku dan merancang meninggalkan negara ini.
“Beliau cuba melakukannya, tetapi tidak mampu berbuat demikian,” kata Selvakumar.
Bulan lalu, saksi Grace Thangamalar memberitahu siasatan awam yang Joshua dan Ruth susah hati selepas menerima panggilan telefon sebelum mereka hilang.
Anak perempuan rakan Joshua, Peter Pormannan, berkata mendengar daripada pasangan dari Sabah yang tinggal sementara bersama mereka berkata Joshua bertengkar dengan seseorang melalui telefon pada 2016.
“Pasangan dari Sabah itu berkata ia perbualan yang panas. Mereka memberitahu saya mendengar Joshua bercakap di telefon: ‘Saya tidak mengganggu anda, mengapa anda ganggu saya’,” katanya.
Pegawai Suhakam, Simon Karunagaram, bertanya kepada Selvakumar sama ada e-mel (yang didakwa daripada Khairy Jamaluddin) memberi tekanan kepada Joshua dan Ruth untuk pergi.
“Anda berkata walaupun e-mel itu mesra, tetapi Joshua melihat keseriusan kandungannya?” soal Karunagaram.
Selvakumar berkata e-mel itu tidak memberi tekanan kepada mereka untuk keluar dari rumah. – 3 Mac, 2020.
Berita penuh di sini
Komen