AHLI perniagaan dalam buruan Low Taek Jho, ketika membuat kenyataannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada akhir 2015, menafikan mempunyai kawalan ke atas SRC International atau akaun peribadi Najib Razak.
Kenyataan itu dibentangkan ke mahkamah hari ini sebagai bukti melalui saksi pihak pembelaan, pegawai SPRM Ting Ing Ping, yang memberi keterangan semasa perbicaraan SRC International hari ini.
Najib berdepan tujuh tuduhan jenayah kerana menerima dana berjumlah RM42 juta dalam akaun AmBank pada 2014 dan 2015.
Low atau lebih dikenali sebagai Jho Low, disoal oleh SPRM pada 27 November 2015 di Abu Dhabi, United Emirates, beberapa bulan selepas berita terbongkar pada pertengahan 2015 yang berjumlah AS$681 juta (AS$2.6 bilion) dana 1Malaysia Development Bhd masuk ke akaun bank peribadi Najib.
Kenyataan setebal 26 muka surat itu adalah beberapa siri penafian oleh Low mengenai persoalan berhubung pengaruh dan kaitannya dengan 1MDB.
Semasa beliau mengaku mengenali Najib, beliau berkata tidak mempunyai pengaruh terhadap orang lain, dan hanya menawarkan pandangannya kepada bekas perdana menteri mengenai 1MDB dan SRC International.
“Dari apa yang saya ingat, perdana menteri mungkin membincangkan 1MDB dan SRC dengan saya. Perdana menteri mungkin meminta pandangan saya, tetapi seperti mana-mana rakyat Malaysia yang lain, saya akan menawarkan pandangan saya, tetapi tidak mempunyai kuasa membuat keputusan, dan saya tidak membuat keputusan untuk orang lain berhubung perkara yang saya tidak diberi kuasa untuk berbuat demikian.”
Low juga menafikan mempunyai kebenaran akses kepada lima akaun semasa AmBank dari 2011 hingga 2015, tiga daripadanya menjadi subjek perbicaraan SRC International. – 3 Mac, 2020.
Berita penuh di sini
Komen