BEKAS menteri Khairy Jamaluddin menafikan beliau menghantar sebarang emel atau komunikasi dengan Pastor Joshua Hilmy seperti yang didakwa oleh saksi semasa siasatan awam Suhakam hari ini.
Dalam satu kenyataan bekas menteri belia dan sukan itu berkata, beliau secara peribadi tidak mengenali Joshua, isterinya Ruth atau Selvakumar Peace John Harris yang membuat tuduhan terhadapnya.
“Dilaporkan Selvakumar yang menjadi saksi dalam prosiding itu mendakwa saya dengan sendirinya menghantar emel kepada Joshua memberitahu dia untuk meninggalkan negara.
“Saya ingin menyatakan secara tegas bahawa saya tidak pernah berkomunikasi dengan Joshua sama ada melalui emel atau dalam sebarang bentuk komunikasi lain.
“Kesaksian Selvakumar yang berkaitan dengan saya tidak benar,” katanya.
Selvakumar adalah saksi kelima yang memberi keterangan dalam siasatan awam Suhakam berhubung kehilangan Joshua dan Ruth pada 30 November 2016. Mereka dilihat kali terakhir di Petaling Jaya.
Dia adalah pemilik rumah Petaling Jaya di mana Joshua dan Ruth tinggal.
Selvakumar juga mendakwa melihat beberapa emel yang dihantar kepada Joshua.
Menurutnya emel dan amaran agar meninggalkan negara itu berhubung dakwaan Joshua memurtadkan orang Islam kepada Kristian.
“Joshua menelefon saya pada Disember 2015 dan memberitahu yang Khairy mengugutnya.
“Beliau (Khairy) menghantar e-mel kepada Joshua dah menyuruhnya meninggalkan negara.
“Saya percaya ini berkaitan pasangan Melayu yang dibaptis oleh Joshua di rumah pada Januari 2015,” Selvakumar memberitahu siasatan. – 2 Mac, 2020.
Berita penuh di sini.
Komen