Zahid nafi bohong mahkamah mengenai pertemuan dengan PM


Bede Hong

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dikelilingi penyokongnya ketika meninggalkan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, hari ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 2 Mac, 2020.

PIHAK pendakwa raya memohon mahkamah tinggi untuk menuduh Ahmad Zahid Hamidi kerana menghina apabila didakwa berbohong mengenai pertemuan dengan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin hari ini untuk membincangkan pembentukan Kabinet baru.

Bagaimanapun, presiden Umno, yang hadir semula di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur petang ini untuk memberi penjelasan, berkata beliau menerima surat daripada Pejabat Perdana Menteri (PMO) yang menjemputnya untuk membincangkan lantikan Kabinet.

Presiden Umno itu sebaliknya berkata beliau bertemu setiausaha politik Muhyiddin, yang tidak disebut namanya, pada jam 12.45 tengah hari ketika perdana menteri sudah bertolak ke Muar, Johor pada masa itu.

“Saya mempunyai minit (mesyuarat dengan setiausaha politik) dan di sini adalah senarai ahli Parlimen BN (Barisan Nasional) yang akan dikemukakan sebagai calon (untuk jawatan menteri),” katanya ketika berdiri di kandang tertuduh.

“Biasanya parti politik perlu berunding untuk jawatan dalam barisan Kabinet, tetapi saya tidak mahu berkongsi dengan wartawan di sini kerana ia bukan untuk kegunaan awam.”

“Ini P&C (peribadi dan sulit). Ini adalah (mengenai) perbincangan yang berlaku di PMO,” katanya.

Hakim  Collin Lawrence Sequerah, berkata beliau akan membuat keputusan esok selepas menerima surat PMO tersebut, yang tidak diserahkan kepada mahkamah petang ini.

“Berdasarkan surat yang akan dikeluarkan, saya akan menangguhkan keputusan saya,” katanya. – 2 Mac, 2020.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen