PERBICARAAN kes jenayah Ahmad Zahid Hamidi membabitkan jutaan ringgit dana Yayasan Akalbudi hari ini ditangguhkan bagi membolehkan presiden Umno itu bertemu perdana menteri baharu.
Peguam Hisyam Teh Poh Teik memaklumkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa kehadiran Zahid diperlukan bagi membentuk Kabinet baharu dalam pentadbiran Muhyiddin Yassin.
“Tertuduh perlu berhubung dengan perdana menteri. Kehadirannya diperlukan,” kata peguam tanpa mengulas lanjut.
Timbalan Pendakwa Raya Rozela Raja Toran tidak membantah. Hakim Collin Lawrencec Sequerah menetapkan perbicaraan bersambung semula eok.
Zahid, 67, dituduh menerima rasuah bagi meluluskan kontrak bekalan cip pasport untuk beberapa syarikat swasta. Beliau berdepan 47 pertuduhan, termasuk 27 dakwaan pengubahan wang haram.
Muhyiddin, yang juga presiden Bersatu, mengangkat sumpah sebagai perdana menteri ke-8 semalam selepas membentuk perikatan dengan Umno, PAS dan kumpulan bekas ahli Parlimen PKR diketuai Mohamed Azmin Ali. – 2 Mac, 2020.
Komen