Belum ada perbincangan jawatan Kabinet, kata PAS


Diyana Ibrahim

Presiden PAS Abdul Hadi Awang mengulas mengenai pembentuk Kabinet dalam kerajaan baharu pimpinan Muhyiddin Yassin. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 1 Mac, 2020.

PARA pemimpin parti yang menyokong Muhyiddin Yassin akan melakukan perbincangan untuk mengisi barisan Kabinet secepat mungkin, kata Presiden PAS Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata setakat ini masih belum ada perbincangan yang dilakukan bagi jawatan Kabinet.

“Belum bangkit lagi, kita akan bincang dalam masa terdekat ini,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PAS, Kuala Lumpur.

Umno juga menjangka akan mengadakan perbincangan dengan perdana menteri baharu itu dalam masa terdekat bagi pembentukan barisan Kabinet baharu.

Setiausaha Agung Umno Annuar Musa terdahulu berkata Umno sebagai salah satu gabungan dalam kerajaan baharu menghormati kuasa perdana menteri untuk melantik barisan menteri tersebut.

Muhyiddin hari ini mengangkat sumpah sebagai perdana menteri Malaysia kelapan hasil sokingan ahli Parlimen Umno, PAS, Bersatu, Gabaungan Parti Sarawak (GPS), Bebas dan kumpulan Azmin Ali.

Ia menamatkan krisis politik yang berlangsung sejak seminggu lalu ekoran pembubaran kerajaan Pakatan Harapan selepas peletakan jawatan Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri kelapan.

Ia berlaku selepas 11 ahli Parlimen yang setia kepada Azmin Ali keluar PKR dan Muhyiddin yang juga presiden Bersatu mengumumkan parti itu keluar Pakatan Harapan. – 1 Mac, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen