BARU Bian menyatakan sokongannya terhadap Muhyiddin Yassin untuk menjadi perdana menteri selepas Dr Mahathir Mohamad dilihat “tidak berminat”, kata ahli Parlimen Sarawak.
“Kami difahamkan beliau tidak berminat untuk menjalankan tugas sebagai perdana menteri.
“Kami terpaksa mengambil pendirian menyokong Muhyiddin untuk menjadi calon perdana menteri akan datang,” katanya dalam satu kenyataan untuk menyatakan sokongannya.
“Berikutan kenyataan yang dikeluarkan oleh Dr Mahathir pada 29 Februari bahawa beliau bersedia untuk menjadi calon perdana menteri, saya sekali lagi menyatakan sokongan kepadanya,” kata Ahli Parlimen Selangau dan bekas menteri kerja raya itu.
Baru yang keluar dari PKR selepas Mohamed Azmin Ali dan Zuraida Kamaruddin dipecat minggu lal mengejutkan semua orang malam tadi apabila muncul di Yayasan Al Bukhary bagi memberikan sokongan kepada Dr Mahathir.
Baru telah menerima kritikan di media sosial kerana keluar dari PKR mengikuti Azmin dan kerana kesediannya untuk berkerjasama dengan Umno dan PAS.
Menurutnya hari ini beliau sangat konsisten untuk menyokong Dr Mahathir sebagai perdana menteri. – 1 Mac, 2020.
Berita penuh di sini.
Komen