BARISAN Nasional (BN) akan memberikan sokongan terhadap dasar baharu yang akan dibentuk pentadbiran Perdana Menteri Muhyiddin Yassin kata presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau juga membayangkan kerajaan baharu yang bakal dibentuk akan mengembalikan bantuan kewangan kepada rakyat.
“Episod dan babak awan hitam telah berlalu, langit kembali cerah dan insha Allah kita parti-parti di dalam BN akan memberikan sokongan dan dukungan terhadap dasar dasar baru Muhyiddin.
“Kita akan membantu sedaya upaya bagi memastikan rakyat benar-benar diutamakan dan rakyat harus dibela semula, penganiayaan kepada rakyat (dihentikan), bantuan kepada rakyat harus dikembalikan semula,” kata Ahmad Zahid.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas menghadiri upacara mengangkat sumpah Muhyiddin sebagai perdana menteri kelapan di Istana Negara, hari ini. – 1 Mac, 2020.
MENYUSUL
Komen