Jho Low panggil Najib ‘bos’, kata saksi


Bede Hong

Pengarah Urusan Kumpulan Putrajaya Perdana Bhd Rosman Abdullah di luar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hadir sebagai saksi perbicaraan kes SRC International hari ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 27 Februari, 2020.

AHLI perniagaan yang kini dalam pelarian Low Taek Jho atau lebih dikenali dengan nama Jho Low merujuk bekas perdana menteri Najib Razak sebagai “bos”, kata saksi dalam perbicaraan kes SRC International hari ini.

Ketika disoal balas oleh pendakwa raya V. Sithambaram, Pengarah Urusan Kumpulan Putrajaya Perdana Bhd Rosman Abdullah memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa Low merujuk begitu dalam satu perbualan mesej BlackBerry, berkaitan transaksi RM27 juta ke dalam akaun bank Najib pada 8 Julai, 2014.

Sithambaram: Dia (Low) minta anda maklumkan kepadanya (selepas selesai transaksi itu), jadi dia boleh beritahu bos dia?

Rosman: Ya, itu apa yang dia kata.

Sithambaram: Bila Jho Low sebut “bos” pada masa itu, adakah anda tahu “bos” itu merujuk kepada Najib?

Rosman: Ya.

Sithambaram: Anda tahu berdasarkan kepada komunikasi terdahulu dengan Jho Low yang Datuk Seri Najib dirujuk sebagai bos dia?

Rosman: Ya.

Sithambaram: Anda juga tahu daripada Datuk Azlin (Alias) (setiausaha sulit kanan Najib) yang Jho Low boleh berhubung terus dengan Najib?

Rosman: Ya, itu disebut dalam penyata SPRM saya (pada 2015).

Transaksi itu dari anak syarikat Putrajaya Perdana Bhd, Permai Binaraya Sdn Bhd dan menjadi subjek dalam tiga pertuduhan pengubahan wang haram dikenakan terhadap Najib, yang belum dibicarakan. – 27 Februari, 2020.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen