PENGARAH urusan firma pembinaan memberitahu mahkamah tinggi hari ini bahawa beliau ditipu oleh Low Taek Jho berhubung penyaluran sebanyak RM170 juta menerusi syarikat subsidiari pada 2014.
Rosman Abdullah pengarah urusan Putrajaya Perdana memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa wang itu sepatutnya menjadi pendahuluan untuk kontrak tetapi dia kemudiannya mendapati sebahagian daripadanya dimasukkan ke dalam akaun bank peribadi bekas perdana menteri Najib Razak.
Rosman berkata beliau dimaklumkan mengenai transaksi ke anak syarikat Maybank Construction Putra Maybank pada 8 Julai, 14 Julai dan 8 Ogos 2014, masing-masing berjumlah RM35 juta, RM105 juta dan RM30 juta.
Katanya, beliau diberitahu bahawa transaksi (RM170 juta) pada masa itu oleh Jho Low dan Jho Low memaklumkannya bahawa dana berkenaan merupakan pendahuluan bagi satu kontrak yang sedang beliau rundingkan untuk dimeterai oleh PPC.
“Beliau berkata beliau akan memastikan bahawa jika RM170 juta tidak digunakan untuk kontrak yang dicadangkan itu, beliau akan memastikan bahawa akan ada pembayaran balik tanpa liabiliti akan terakru kepada kumpulan PPB.
“Memandangkan Jho Low masih merupakan pemilik benefisial Kumpulan PPB pada masa itu, saya tidak fikir saya mempunyai hak dalam hal ini selagi tidak ada liabiliti kepada Kumpulan PPB apabila pembelian saham muktamad,” katanya.
Rosman adalah pemegang saham utama Kumpulan PPB melalui syarikat milik penuhnya, Cendana Destini Sdn Bhd dan syarikat itu memperoleh kepentingan dalam kumpulan PPB dari UBG Bhd, yang dimiliki Jho Low, pada harga pembelian RM240 juta.
Perjanjian penjualan itu pada 2012 tetapi pemerolehan berkenaan hanya selesai pada 13 April 2015 selepas harga pembelian sebanyak RM240 juta dibayar sepenuhnya.
Rosman berkata Jho Low masih pemilik benefisial kumpulan PPB pada masa transaksi RM170 juta berkenaan.
Najib membela diri terhadap tujuh pertuduhan menyeleweng RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd, yang terdiri daripada tiga pertuduhan pecah amanah jenayah (CBT), tiga pertuduhan melakukan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan menyalah guna kuasa membabitkan dana SRC.
Perbicaraan di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali bersambung esok. – 26 Februari, 2020.
Berita penuh di sini.
Komen