MASIH belum ada bukti saintifik bahawa virus Covid-19 boleh tersebar melalui bawaan udara, kata Ketua Unit Virologi Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) Dr Ravindran Thayan.
Saintis hanya dapat mengesahkan bahawa virus tersebut merebak melalui air liur melalui batuk dan bersin, katanya pada Sesi Taklimat Mengenai Proses dan Prosedur Ujian Pengesanan Covid-19 di Kuala Lumpur hari ini.
“Buat masa ini, yang kita tahu ia tersebar melalui air liur apabila bersin datau batuk. Tiada kajian yang menunjukkan ia virus bawaan udara,” kata Dr Ravindran.
Kebimbangan mengenai jangkitan Covid-19 yang bermula di Wuhan, China pada Disember lalu menyebabkan topeng muka kehabisan stok di farmasi di dalam negara. Pengeluar diminta meningkatkan pengeluaran bagi memenuhi permintaan.
Cirus Covid-19 setakat ini telah meragut lebih 2,600 nyawa di China dan 24 lagi di negara lain. Menurut laporan terkini Pertubuhan Kesiahatan Dunia (WHO), secara keseluruhannya lebih daripada 80,000 orang dijangkiti virus itu di seluruh dunia.
WHO memuji kesiapsiagaan dan keupayaan Malaysia dalam menangani jangkitan Covid-19.
Pada sesi taklimat hari ini, Dr Ravindran berkata sampel yang diambil dari individu yang disyaki dijangkiti virus itu dihantar ke makmal IMR di Jalan Pahang, Kuala Lumpur.
Keputusan akan diperolehi selepas enam jam diuji, jelas beliau.
“Semua sampel dihantar ke sini untuk diuji. Akan mengambil masa sehingga enam jam, untuk menentukan sama ada seseorang itu dijangkiti atau tidak. Kita mempunyai dua jadual syif, iaitu pagi dan malam. – 26 Februari, 2020.
Komen