Ahmad Maslan, Shahrir Samad gagal cabar kompaun SPRM


Ahli Parlimen Pontian Ahmad Maslan and Shahrir Samad mencabar kompaun SPRM berhubung dakwaan menerima dana 1MDB. – Gambar fail The Malaysian Insight, 26 Februari, 2020.

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Ahli Parlimen Pontian Ahmad Maslan and Shahrir Samad mencabar kompaun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan menerima dana 1MDB.

Ahmad dan Shahrir antara 34 individu yang memohon mencabar tuntutan SPRM itu.

Hakim Nordin Hassan juga menolak permohonan kesemua 34 individu itu untuk mendapatkan semakan kehakiman di kamar pagi tadi.

Hakim bagaimanapun tidak mengeluarkan sebarang perintah kos, kata Peguam Kanan Persekutuan Ahmad Hanir Hambali, yang mewakili SPRM dan Ketua Pesuruhjaya Latheefa Koya.

Peguam Shahrul Fazli Kamarulzaman mewakili 34 individu berkenaan.

Mereka mendakwa tindakan Latheefa mengeluarkan notis kompaun terhadap mereka berkenaan dana 1MDB terlalu awal, mengelirukan, dan tort misfeasans dalam jawatan awam.

Mereka juga memohon perintah mahkamah menghentikan SPRM menguatkuasakan kompaun atau meneruskan pendakwaan.

SPRM pada tahun lalu mengeluarkan kompaun di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (Amla) ke atas 80 individu dan syarikat yang didakwa menerima dana 1MDB berjumlah RM420 juta. 

Antara penerima yang didakwa adalah adik kepada bekas perdana menteri Najib Razak, iaitu Nazir Razak. – 26 Februari, 2020.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen