Dr Mahathir tiada kena mengena rancangan jatuhkan Pakatan, kata pemimpin DAP 


Noel Achariam

Pengarah Pendidikan Politik DAP Liew Chin Tong berkata Dr Mahathir sendiri yang memilih untuk tidak menyertai mereka yang meninggalkan PH.– Gambar fail The Malaysian Insight, 24 Februari, 2020.

PERDANA Menteri Dr Mahathir Mohamad tidak merancang sebarang cubaan untuk memusnahkan kerajaan Pakatan Harapan, kata pemimpin DAP Liew Chin Tong.

Bekas timbalan menteri pertahanan itu berkata, malah Dr Mahathir sendiri yang memilih untuk tidak menyertai mereka yang meninggalkan PH. 

“Apa yang beliau lakukan adalah luar biasa (untuk tidak sertai pembangkang).

“Sekiranya kerajaan ini bertahan, kita semua perlu berterima kasih kepadanya,” kata Liew kepada pemberita selepas majlis pelancaran buku di Universiti Malaya malam ini. 

Pengarah pendidikan politik DAP itu berkata demikian ketika mengulas mengenai peletakan jawatan Dr Mahathir sebagai perdana menteri hari ini. Beliau turut meletakkan jawatan sebagai pengerusi Bersatu, selepas presiden parti itu, Muhyiddin Yassin mengumumkan Bersatu keluar daripada Pakatan Harapan. 

Dengan peletakan jawatan Dr Mahathir sebagai perdana menteri, kabinet lantikannya termasuk jawatan timbalan menteri seperti Liew turut terbubar. 

Dr Mahathir kemudian dilantik sebagai perdana menteri interim oleh Yang di-Pertuan Agong.

Dengan keluarkan Bersatu, Pakatan Harapan turut tumbang. DAP, Amanah dan sekutunya Warisan, menyatakan pendirian untuk menyokong Dr Mahathir menjad perdana menteri sekali lagi. PKR masih belum menyatakan pendirian mereka berhubung perkara itu. 

Perkembangan ini susulan sekulasi Dr Mahathir akan jatuhkan pakatan itu dan mendapatkan kuasa persekutuan dengan pembangkang.

Namun Liew berkata, apa yang berlaku adalah disebabkan “beberapa individu dalam Umno, PAS, puak Azmin dan beberapa lagi pemimpin daam Bersatu yang hanya bimbang dengan kepentingan mereka sendiri”.

Azmin, yang merupakan timbalan presiden PKR dan pesaing kepada presidennya Anwar Ibrahim, dipecat daripada parti bersama penyokongnya, Zuraida Kamaruddin. 

Liew berkata, Muhyiddin dan Azmin kini cuba membentuk kerajaan. 

“Kerajaan ini perlu diiktiraf atau disokong. 

“Terdapat kerajaan yang sah tetapi ada orang yang cuba membentuk kerajaan tidak sah dan itulah situasi sekarang.

“Mereka cuba untuk membentuk kerajaan yang tidak mempunyai Anwar, DAP dan Amanah. Itu rancangan mereka.

“Saya fikir adalah penting bahawa semua orang mengingati mandat yang diberikan oleh para pengundi, iaitu untuk mentadbir dengan pembaharuan,” tambah Liew. – 24 Februari, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen