Ahli Parlimen China bahas draf larang makan haiwan liar 


Draf berkenaan mengandungi lapan perkara menumpukan mengenai segelintir orang yang terlalu taksub menjadikan hidupan liar sebagai makanan.– Gambar EPA, 24 Februari, 2020.

AHLI Parlimen China pada Isnin membahaskan draf mengenai mengharamkan perdagangan hidupan liar dan tabiat memakan haiwan itu untuk memastikan kesejahteraan dan kesihatan rakyat, lapor agensi berita Xinhua.

Draf itu dikemukakan pada mesyuarat Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan.

Mengandungi lapan perkara, ia menumpukan mengenai segelintir orang yang terlalu taksub menjadikan hidupan liar sebagai makanan.

Ia juga untuk menyediakan jaminan perundangan yang kukuh demi menjaga kesihatan awam dan keselamatan ekologi. – Bernama, 24 Februari, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen