DUA lagi pesakit Covid19 pulih dan dibenarkan keluar dari hospital, menjadikan jumlah keseluruhan mereka yang sembuh kepada 20 orang, kata Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad hari ini.
Dua wanita berkenaan, berumur 37 dan 38 tahun, adalah warga China yang diuji positif pada 5 dan 13 Februari lalu.
Mereka dirawat di Hospital Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Dzulkefly juga berkata, tiada kes baru dilaporkan dan jumlah kes kekal seramai 22 orang.
Dua orang lagi masih dirawat di hospital dan berada dalam keadaan stabil, katanya.
Virus Covid-19 setakat ini telah meragut lebih 2,000 nyawa dan menjangkiti hampir 80,000 orang. – 24 Februari, 2020.
Komen