Mahkamah tolak permohonan peguam Najib temu bual pegawai SPRM


Bede Hong

Bekas perdana menteri Najib Razak sedang dibicarakan dengan pelbagai tuduhan dalam kes SRC International. – Gambar fail The Malaysian Insight, 24 Februari, 2020.

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan peguam Najib Razak untuk menemubual seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ia muncul sebagai saksi pihak pertahanan pada perbicaraan SRC International.

Penolong Pesuruhjaya SPRM Mohd Nasharudin Amir, yang merupakan seorang pegawai penyiasat dalam kes SRC International, sebelum ini dinamakan sebagai saksi pasukan pembelaan ketujuh.

Ketika menolak permohonan itu, Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali berkata saksi yang dimaksudkan itu bukan saksi pihak pendakwaan mahupun ditawarkan kepada pasukan pembelaan.

Hakim menambahkan, Nasharudin tidak terikat dengan kawalan pendakwa raya awam kerana beliau seorang pegawai SPRM, dan oleh itu mungkin didesak mengambil bahagian dalam temu bual.

Nazlan berkata beliau percaya hak Najib sebagai tertuduh dalam perbicaraan tidak akan terjejas: “Permohonan itu ditolak. Terserah kepada pihak pertahanan sama ada mahu atau tidak untuk memanggil saksi dimaksudkan.”

Hadir hari ini ialah peguam bela utama Muhammad Shafee Abdullah dan peguam bersama Harvinderjit Singh yang membuat penghujahan lisan mereka pagi ini.

Shafee tidak menyebut sama ada beliau akan menggugurkan Nasharudin sebagai saksi. –  24 Februari, 2020.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen