PERTEMUAN dengan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berlangsung dalam suasana penuh emosi, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.
Lim bersama Presiden PKR Anwar Ibrahim, Timbalan Perdana Menteri Wan Azizah Wan Ismail dan Presiden Amanah Mohamad Sabu mengadakan perjumpaan dengan Dr Mahathir di kediaman perdana menteri pagi tadi, pada ketika hangat spekulasi sebuah kerajaan baharu akan dibentuk menggantikan Pakatan Harapan (PH).
“Pertemuan yang penuh emosi,” kata Lim kepada pemberita sebaik tiba di ibu pejabat DAP untuk menghadiri mesyuarat tergempar parti susulan spekulasi berkenaan. – 24 Februari, 2020.
Komen