Mahkamah Tinggi dengar kes cabar pelantikan Raus


Bede Hong

Badan Peguam Malaysia memohon untuk mencabar lanjutan tempoh jawatan Ketua Hakim Negara Md Raus Sharif di mahkamah. Permohonan akan didengar 19 Disember di Mahkamah Tinggi. – Gambar fail The Malaysian Insight, 9 November, 2017.

PERMOHONAN Badan Peguam Malaysia untuk mencabar lanjutan tempoh jawatan Ketua Hakim Negara Md Raus Sharif di Mahkamah Persekutuan akan didengar oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 19 Disember ini.

Pada sesi sama, Hakim Azizah Nawawi akan mendengar permohonan Pejabat Peguam Negara, yang mewakili Raus, untuk membatalkan saman pemula yang dikemukakan oleh badan peguam itu.

Badan Peguam Malaysia turut menamakan Presiden Mahkamah Rayuan Zulkefli Ahmad Makinuddin; bekas ketua hakim negara Arifin Zakaria dan kerajaan persekutuan sebagai defendan. Semua defendan diwakili oleh Pejabat Peguam Negara.

Penetapan tarikh pendengaran itu dibuat oleh Azizah pada prosiding pengurusan kes hari ini.

Dalam permohonannya, Badan Peguam Malaysia membangkitkan enam persoalan perlembagaan, kata peguam Ambiga Sreenevasan kepada The Malaysian Insight. – 9 November, 2017.

MENYUSUL


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen