Orang Asli tolak tawaran kerajaan Selangor selesai isu hutan Kuala Langat


Sheridan Mahavera

Sebahagian Orang Asli Temuan melancarkan kempen membantah pelan kerajaan Selangor memansuhkan status 930 hektar Hutan Simpan Kekal Kuala Langat Utara. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 23 Februari, 2020

MEREKA sudah merasa terhimpit dengan kewujudan lapangan terbang, rumah banglo dan deretan kedai di sekitar Hutan Simpan Kuala Langat Utara.

Kini mereka diberitahu bahawa hutan yang menjadi tempat tinggal mereka akan dimusnahkan oleh kerajaan Selangor di bawah Pakatan Harapan.

Walaupun rumah dan kebun mereka tidak terjejas, kira-kira 2,000 Orang Asli dari empat perkampungan tidak akan hanya berdiam diri dan melibat hutan mereka dimusnahkan bagi tujuan pembangunan.

“Jika hutan ini mati, maka masa depan dan kanak-kanak kami juga suram,” kata Tok Bati Kampung Pulau Kempas Raman Pahat kepada media ketika ditemui di sebuah kampung Orang Asli di Bukit Cheeding.

Raman antara pemimpin dari puak Temuan yang berkumpul untuk melancarkan kempen membantah pelan kerajaan Selangor memansuhkan status 930 hektar Hutan Simpan Kekal (HSK) Kuala Langat Utara.

Langkah memansuhkan status hutan itu akan membuka ruang untuk menghapuskan status perlindungan hutan dan bakal menyaksikan kawasan itu dibangunkan.

Kawasan hutan itu meliputi tepi Lebuh Raya Elit antara Putra Heights di utara dan Gamuda Cove di selatan. Bertentangan dengan hutan itu adalah Cyberjaya dan Putrajaya.

Menteri Besar Selangor Amirudin Shari berkata kerajaannya mahu membangunkan hutan itu kerana 40% kawasan itu sudah merosot dan menjadi punca kebakaran hutan.

Namun penjelasannya itu ditolak oleh kumpulan pencinta alam sekitar.

Amirudin juga menolak dakwaan Orang Asli Temuan bahawa kawasan itu merupakan sebahagian tanah warisan mereka.

Orang Asli Temuan mendakwa mereka meneroka tanah itu seawal tahun 1927 ketika kawasan itu diwartanya sebagai kawasan yang dilindungi.

Raman berkata ada kawasan Temuan sudah dipindahkan pada masa lalu untuk memberi laluan kepada pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Keluarga tersebut kini tinggal di kampung di sini dan mereka tiada tempat hendak dituju jika hutan ini diambil.” – 24 Februari, 2020.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen