PERDANA Menteri Dr Mahathir Mohamad sedang berehat di kediamannya dan tidak akan mengadakan sebarang sidang akhbar malam ini, kata pasukan medianya.
“Tiada pengumuman. Tiada sidang akhbar malam ini,” tulis salah seorang pasukan akhbar Dr Mahathir dalam kumpulan WhatsApp dengan pemberita pada pukul 6.58 malam ini.
Pasukan akhbar perdana menteri berkata Dr Mahathir tidak akan pergi ke Hotel Sheraton di Petaling Jaya malam ini.
Menurut pasukan akhbarnya, Dr Mahathir kini berada di kediamannya dan tidak bertemu dengan Agong di Istana Negara.
“Di kediaman PM. Ya, dia ada di rumah,” kata seorang pegawai.
Terdahulu dilaporkan bahawa Dr Mahathir telah dizinkan untuk mengadap Agong bersama presiden Umno Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Ini datang selepas satu hari spekulasi bahawa Bersatu dan puak kecil dari PKR akan meninggalkan Pakatan Harapan untuk membentuk kerajaan baru dengan parti lain.
Di tengah spekulasi, empat parti - Bersatu, Umno, Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan PAS - semuanya mengadakan mesyuarat tergempar hari ini.
Walau bagaimanapun, tidak ada sidang akhbar selepas itu dan kandungan perbincangan masih tidak diketahui.
Sekumpulan ahli Parlimen dan Adun PKR yang diketuai oleh Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali, sementara itu, berada di Hotel Sheraton di Petaling Jaya.
Mereka dikatakan mengadakan mesyuarat sendiri.
Isu ini semakin hangat selepas mesyuarat Majlis Presiden Pakatan pada hari Jumaat, di mana ia memutuskan bahawa Dr Mahathir akan dibenarkan untuk memutuskan tarikh peletakan jawatannya sendiri.
Ketika mesyuarat itu, satu pihak mahu Dr Mahathir menegaskan tarikh peletakan jawatannya selepas Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec), sementara satu pihak mahu beliau kekal sebagai perdana menteri untuk penggal penuh.
Sementara itu, penyokong Dr Mahathir meminta parti lain - PKR, DAP dan Amanah - membenarkan beliau menetapkan tarikh peletakan jawatannya sendiri. – 23 Februari, 2020.
Komen