KOREA Selatan lapor 123 lagi kes Covid-19 hari ini, termasuk dua kematian, menjadikan 556 kes yang disahkan di negara itu.
Setakat ini empat orang meninggal dunia di sebuah hospital di Cheongdo, di mana kira-kira 100 kes dilaporkan.
Antara kes yang terbaru dilaporkan, 75 mempunyai kaitan dengan gereja Shincheonji Church of Jesus di selatan Daegu, kata Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KCDC) dalam satu kenyataan.
Beratus ahli gereja itu dijangkiti Covid-19. Mangsa pertama yang dikesan adalah seorang wanita berusia 61 tahun yang mengalami demam pada 10 Februari.
Wanita itu menghadiri sekurang-kurangnya empat upacara di Daegu sebelum disahkan positif virus itu. – AFP, 23 Februari, 2020.
Komen