Ketua cabang PKR bantah Baru Bian lantik orang luar jadi penyelaras Parlimen


Desmond Davidson

Tindakan Baru Bian berunding tentang pelantikan Jamilah dianggap sebagai menghina ketua cabang PKR. – Gambar fail The Malaysian Insight, 22 Februari, 2020.

CABANG PKR Batang Sadong membantah ketua PKR Sarawak Baru Bian kerana memilih Jamilah Baharuddin sebagai penyelaras parlimen daerah itu.

Ketua-ketua cabang PKR dalam satu kenyataan berkata pelantikan Jamilah yang dianggap sebagai orang luar merupakan kes penyalahgunaan kuasa, kronisme dan nepotisme.

Kata mereka pelantikan Jamilah tidak melalui rundingan dan tindakan Baru itu menghina ahli cabang PKR.

Jamilah merupakan Timbalan Pengerusi PKR Sarawak Baharuddin Mokshen manakala ibu saudaranya, Hanim Mokshen turut dilantik menjadi penyelaras.

Ketua-ketua cabang PKR berkata Jamilah buka berasal dari Batang Sadong dan bukan ahli cabang.

Jamilah merupakan ahli PKR cabang Petra Jaya.

Baharuddin ketika menjawab kritikan itu berkata, pelantikan itu merupakan keputusan tunggul (Pengerusi PKR Sarawak) Baru Bian sebagai mandat daripada perdana menteri dan Kabinet untuk melantik.

Pemimpin cabang Batang Sadong berkata mereka mahu ketua cabang Piee Ling menjadi penyelaras Parlimen dan nama Jamilah tidak pernah dirujuk kepada mereka untuk diluluskan.

Mereka mendakwa pelantikan Jamilah sebagai usaha menaikkan profilnya seperti dirancang parti untuk bertanding di kerusi Simunjan yang dikuasai orang Melayu.

Pada 2016, Jamilah bertanding di kerusi tersebut tetapi gagal menang. Simunjan merupakan tiga kerusi dewan undangan negeri di kawasan Parlimen Batang Sadong.

Semalam Baru mengumumkan pelantikan 19 penyelaras Parlimen di kawasan yang gagal dimenangi Pakatan Harapan pada pilihan raya umum 2018.

Peranan penyelaras adalah untuk memastikan program dan projek di bawah pelan pembangunan kerajaan persekutuan dilaksanakan dalam tempoh lima tahun.

Penyelaras juga bertanggungjawab terhadap pelaksanaan projek.

Setiap penyelaras akan menerima peruntukan khas Perdana Menteri sebanyak RM500,000 setiap tahun untuk digunakan mengikut arahan perdana menteri. – 22 Februari, 2020.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen