PROTOTAIP kereta nasional ketiga sudah siap, kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.
“Kami sudah menghasilkan proptaip tetapi tidak dipamerkan kepada awam,” katanya pada sidang akhbar selepas pelancaran Dasar Automotif Nasional (NAP) 2020 hari ini.
“Kami sedang berada pada peringkat kawalan untuk memastikan kereta kita sensitif terhadap persekitaran ini dan bertindak balas untuk membantu pemandu agar tidak membuat sebarang kesilapan,” katanya.
Beliau menambah yang Putrajaya kini sedang mencari pelabur swasta untuk projek itu kerana kerajaan tidak akan mengeluarkan untuk pelaburan itu.
“Kita mempunyai kapasiti tetapi kita memerlukan pelaburan,” katanya.
“Kita minta sektor swasta masuk dan mengeluarkan kereta yang bukan hanya untuk Malaysia tetapi negara lain,” katanya.
“Kita bersedia dengan teknologi yang akan menjadikan kereta nasional kompetitif dengan standard yang terdapat di bahagian lain di dunia.”
Tahun lepas diumumkan bahawa DreamEdge Sdn Bhd akan menjadi syarikat utama bagi memacu projek kereta nasional ketiga.
Dr Mahathir berkata Malaysia juga terbuka untuk bekerjasama dengan syarikat asing bagi pembangunan kereta nasional baru di bawah NAP 2020.
Kemajuan baru telah dibuat, bukan sahaja dibuat di Jepun tetapi negara lain, termasuk China, Korea dan negara Eropah, katanya.
“Kami akan bekerjasama dengan negara yang mempunyai teknologi unik.” – 21 Februari, 2020.
Komen