NAP 2020 bakal wujud 300,000 peluang kerja


Ragananthini Vethasalam

NAP 2020 akan melibatkan Visi Automotif Kebangsaan sebagai pemangkin menjadikan Malaysia sebagai pelopor bidang pembuatan, kejuruteraan, teknologi dan pembangunan mampan sektor automatif di rantau ini, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Darell Leiking. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 21 Februari, 2020.

DASAR Automotif Nasional (NAP) 2020 disasar untuk memacu sektor automotif menyumbang RM104.2 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara menjelang 2030.

Ia juga disasar mewujudkan sehingga 323,000 peluang pekerjaan baharu dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Peluang pekerjaan akan diwujudkan di sektor pengeluaran, mobiliti sebagai perkhidmatan (MaaS), robotik dan Internet untuk segalanya (IoT). 

NAP 2020 dilancarkan oleh Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Darell Leiking dalam ucapannya berkata dasar itu akan menjadikan Malaysia sebagai pelopor bidang pembuatan, kejuruteraan, teknologi dan pembangunan mampan sektor automatif di rantau ini.

Menurutnya, NAP 2020 akan melibatkan Visi Automotif Kebangsaan sebagai pemangkin menjadikan Malaysia mempelopori sektor-sektor berkenaan.

“Buat pertama kalinya kita akan memperkenalkan Visi Automotif Kebangsaan,” kata Leiking semasa berucap pada majlis pelancaran NAP 2020 hari ini.

“Visi ini dibangunkan sebagai pemangkin NAP 2020 dan dasar-dasar akan datang bagi memastikan kemajuan negara setanding dengan kehendak global dan menangani cabaran dalam sektor automatif sebagai penyumbang utama kepada pembangunan ekonomi Malaysia.” – 21 Februari, 2020.   

Berita penuh di sini.    


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen