SEPATUTNYA tidak ada tekanan diletakkan kepadanya atau Dr Mahathir Mohamad mengenai peralihan kuasa, kata Anwar Ibrahim.
“Selepas perbincangan dengannya (Dr Mahathir), ia akan berlaku selepas Apec, jadi kami akan berdepan dengannya dan saya tidak fikir sesiapa perlu diletakkan di bawah tekanan.
“Sama ada saya atau Dr Mahathir,” katanya kepada pemberita di Universiti Help.
Beliau berkata perkara peralihan kuasa adalah sebahagian daripada perjanjian itu dan boleh diselesaikan dalam masa setengah jam sambil menambah bahawa ekonomi adalah perkara lebih penting untuk dibincangkan.
Mengenai sama ada beliau akan meminta tarikh penyerahan, Anwar berkata: “Tidak, kami akan berbincang.”
“Dan sekali lagi saya mengulangi bahawa beliau (Dr Mahathir) perlu diberi latitude kerana kedua-duanya dan majlis Pakatan memutuskan bahawa perubahan itu akan berjalan lancar, aman dan teratur serta masih terus berfungsi sebagai satu pasukan,” katanya yang merupakan presiden PKR.
Majlis presiden PH dijadualkan mengadakan mesyuarat esok dan pelan peralihan dijangka dibincangkan. – 20 Februari, 2020.
Berita penuh di sini.
Komen