ANWAR Ibrahim berjanji untuk menghentikan politik perkauman dan menjadikan Malaysia demokrasi matang apabila beliau mengambil alih jawatan sebagai perdana menteri.
“Apabila saya memegang jawatan, saya akan menjadikan negara ini demokrasi matang (dengan) kedaulatan undang-undang dan memastikan majoriti orang Melayu akan selamat,” katanya ketika bercakap di Universiti Help.
Anwar yang akan mengambil alih jawatan perdana menteri daripada Dr Mahathir Mohamad seperti yang dipersetujui oleh semua parti Pakatan Harapan berkata kerajaannya akan melaksanakan semua langkah untuk memastikan kesaksamaan ekonomi dalam kalangan kaum di Malaysia.
“Saya tidak mahu orang berfikir bahawa ini lebih kepada retorik politik. Saya percaya dan saya maksudkannya,” katanya.
Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata ekonomi akan menjadi keutamaannya apabila beliau menjadi perdana menteri. – 20 Februari, 2020.
Berita penuh di sini.
Komen