ADA cara berbeza untuk menunjukkan kekecewaan mereka tetapi suku Semai di Ulu Geruntum berhampiran Gopeng di Perak telah melukis gambar tentang apa yang mengganggu kehidupan mereka sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Dipanggil Terapi Seni, acara itu dianjurkan oleh sekumpulan orang Malaysia yang prihatin bagi menimbulkan kesedaran tentang masalah yang melanda masyarakat Orang Asli ini.
Seramai 50 penduduk Semai daripada semua peringkat umur mengambil bahagian dalam acara tersebut.
Wanita, remaja dan kanak-kanak melukis gambar tentang apa yang mereka anggap sebagai peristiwa yang memberi kesan terhadap kehidupan mereka.
Mereka melukis gambar traktor yang merosakkan kubur mereka, ikan mati, tidak ada isyarat telefon, tumbuh-tumbuhan dimusnahkan oleh orang luar dan penduduk Semai yang memegang Jalur Gemilang.
Koordinator acara itu, Roz Hussain berkata mereka bimbang mengenai nasib suku Semai dan bagaimana perkembangannya telah mempengaruhi cara hidup mereka.
“Terapi seni ini bagi memberi suara secara langsung kepada wanita Semai, golongan muda dan kanak-kanak untuk meluahkan masalah mereka (kepada wakil rakyat).
“Format dilakukan menerusi kartun, kerana ia merupakan satu cara ungkapan yang boleh dikenal pasti oleh semua orang,” katanya yang berusia 52 tahun di Kampung Ulu Geruntum semalam.
Acara itu diadakan di hutan hujan yang subur, di lokasi yang mana suku Semai memprotes projek empangan mini hidro.

Roz, bekas pendidik yang pulang dari Amerika Syarikat tahun lepas ke Ipoh mengetahui mengenai nasib kaum Semai daripada rakannya, pemilik Gopeng Nomad Adventure Chan Yuen Li.
Bersama penduduk Semai Wah Sona, 49, mereka kemudian memutuskan untuk mengadakan terapi seni dengan sukarelawan lain.
Beliau berkata sejak pulang penghujung tahun lepas beliau telah melawat Semai sebanyak empat kali bagi mendengar keluhan mereka.
“Semai berkata ketika ramai orang datang membantu mereka, tidak ada yang mendengar apa yang mereka mahukan.
“Mereka meminta hak asasi mereka tidak dilanggar, mengekalkan ekosistem dan kemudahan seperti eletrik, air dan rumah,” katanya.
Hasil seni akan dihantar ke pihak berkuasa
Roz berkata apabila kerja melukis selesai, ia akan diserahkan kepada Adun Teja Sandrea Ng dan Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu.
“Karya seni yang dihasilkan adalah kisah mereka untuk semua rakyat Malaysia.
“Mereka akhirnya bebas menyatakan perkara yang diperhatikan mereka dan apa yang berlaku di kampung mereka,” katanya.
Wah Sona berkata walaupun mereka tidak mempunyai sebarang dokumen, (untuk membuktikan mereka adalah pemilik tanah) semua yang mereka tinggalkan adalah cara hidup tradisional mereka.

“Tiada siapa yang akan bercakap lagi dan perkara sudah berlaku (projek mini hydro dam).
“Kami harap mereka boleh datang dan berbincang dengan kami sebelum mana-mana projek lain bermula di sini,” katanya.
Beliau berharap pihak berkuasa tahu apa yang berlaku di situ.
“Program terapi ini adalah untuk menunjukkan kepada rakyat mengenai isu-isu yang dihadapi di sini.
“Kami berharap karya seni ini bukan sahaja dapat memberitahu pihak berkuasa tetapi kerajaan negeri dan Putrajaya,” katanya. – 20 Februari, 2020.
Berita penuh di sini.
Komen