Hartanah tambah mahal jika pembangunan lereng bukti dihentikan, kata ADUN DAP


Looi Sue-Chern

Dilaporkan hanya 17% tanah kawasan pulau tersedia untuk dibangunkan, kata ADUN Komtar Teh Lai Heng. – Gambar fail The Malaysian Insight, 8 November, 2017.

SEORANG ADUN Pulau Pinang, Teh Lai Heng hari ini mengatakan menghentikan semua projek pembangunan di lereng bukit dan projek tambakan akan menyebabkan harga hartanah di kawasan pulau menjadi lebih mahal.

Katanya sudah diketahui umum yang harga hartanah terutamanya di bahagian pulau lebih mahal berbanding di seberang.

Perwakilan DAP untuk Komtar itu mengatakan dilaporkan pada 2012 yang hanya kira-kira 17% tanah pulau tersedia untuk pembangunan kediaman dan komersial.

“Jika pembangunan lereng bukit serta projek tambakan semula dihentikan sepenuhnya, hanya akan sedikit tanah untuk dibangunkan.

“Hartanah di Pulau Pinang akan menjadi sangat mahal. Bolehkah rakyat mampu untuk memilik hartanah sendiri?” katanya pada ucapan untuk memperdebatkan Bajet 2018 negeri ketika persidangan Dewan Undangan Negeri tengahari tadi.

Teh mengulas tentang desakan supaya kerajaan negeri menghentikan sepenuhnya projek di kawasan dan lereng bukit oleh beberapa pergerakan masyarakat sivil dan persatuan penduduk.

Desakan itu timbul selepas kejadian tanah runtuh di tapak pembinaan lereng bukit yang membunuh 11 pekerja dan bencana banjir kilat yang melanda negeri itu selepas ribut hujung minggu lepas. – 8 November, 2017.

Untuk berita penuh sila baca di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen