Orang Asli Ulu Geroh bantah projek mini hidro kerajaan negeri


Noel Achariam

Orang Asli di Ulu Geroh, Gopeng bimbang projek mini hidro berdekatan kawasan mereka akan menyebabkan banjir. – Gambar The Malaysian Insight, 23 Februari, 2020.

ORANG Asli di Ulu Geroh, Gopeng, Perak bimbang projek mini hidro yang dibina berhampiran kampung mereka akan mengganggu ekosistem ​di kawasan itu.

Suku Semai yang tinggal berhampiran tapak projek bimbang persekitaran terjejas kerana kawasan itu adalah tapak Rafflesia atau pakma, salah satu bunga paling jarang ditemui di dunia dan rama-rama Rajah Brooke.

Mereka berkata kebimbangan terhadap projek mini hidro kontroversi di kawasan Ulu Geruntum bersebelahan yang kini dicabar di mahkamah.

Suku Semai di Ulu Geruntum menentang kerajaan negeri yang membenarkan projek itu yang dikatakan menceroboh tanah nenek moyang mereka.

Walaupun suku Ulu Geroh Semai tidak terjejas secara langsung oleh projek itu, mereka berasa ia mungkin akan menyebabkan banjir di kawasan berkenaan.

Mereka juga mengadu tentang lori yang keluar masuk dan keselamatan kanak-kanak di sekitar kawasan itu.

Sherrie Edora, 25, berkata ramai penduduk kampung masih belum mengetahui projek hidro mini yang akan dibina berhampiran kawasan mereka.

“Kalau boleh, kami tidak mahu empangan hidro di sini kerana berasa projek itu akan merosakkan sistem ekologi di sini.

“Bahkan sekarang sungai di sini menjadi keruh dan kami tidak pasti jika ia akan membanjiri kawasan ini semasa hujan lebat,” kata Sherrie kepada The Malaysian Insight.

Orang Asli di Ulu Geroh, Gopeng bimbang dengan keselamatan kanak-kanak dengan aktiviti lori yang keluar masuk di kawasan mereka. – Gambar The Malaysian Insight, 23 Februari, 2020.

Sherrie berkata penduduk kampung di Ulu Geroh mahu kawasan mereka menjadi hab eko-pelancongan bagi mempromosikan tanaman hijau dan sungai bersih yang tidak tercemar. – 23 Februari, 2020.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen