AHLI Dewan Undangan Negeri (Adun) Penanti Dr Norlela Ariffin (PKR) hari ini memberitahu kerajaan negeri supaya majlis-majlis tempatan merujuk semua wakil rakyat dan jawatankuasa keselamatan kampung (JKKK) sebelum meluluskan permohonan kebenaran merancang projek.
Norlela berkata beliau tidak nampak mengapa majlis-majlis tempatan boleh mendapatkan merujuk lebih daripada 22 agensi teknikal kerajaan bagi mendapatkan input, tetapi tidak boleh menambah dua lagi pihak untuk mendapatkan maklum balas.
Beliau berkata perkara ini sudah dibangkitkan di dalam soalan bertulis di DUN sebelum ini tetapi dimaklumkan yang ia bukan sebahagian daripada prosedur untuk bertanyakan pendapat kepada wakil rakyat dan JKKK tempatan.
“Kenapa pusat-pusat sehenti majlis tempatan berunding merujuk wakil rakyat dan JKKK?,” katanya, merujuk kepada jawatankuasa yang memutuskan sama ada untuk melulus atau menolak permohonan projek.
“Lagi pun, wakil rakyat dipilih oleh rakyat untuk mewakili mereka. Kenapa prosedur itu tidak boleh diubah atau dibuat lebih fleksibel untuk menyertakan sekali wakil rakyat dan JKKK?” katanya pada persidangan DUN hari ini.
Norlela memetik satu projek columbarium (tempat simpan abu mayat) di kawasannya sebagai contoh dengan mengatakan tanah bukit dibersihkan untuk projek itu sebelum merujuk wakil rakyat dan komuniti di situ.
Beliau juga berkata tanah bukit harus dipelihara untuk menyerap air hujan serta mengelakkan banjir kilat.
Beliau turut menggesa supaya majlis-majlis tempatan diberikan drone untuk memantau aktiviti di atas bukit, dan supaya pengarah -pengarah syarikat dikenakan tindakan sekiranya syarikat mereka melanggar undang-undang.
Terdahulu, ketua pembangkang negeri Jahara Hamid (BN-Teluk Air Tawar) menggesa kerajaan negeri memaksa mereka yang memohon lesen hiburan mengiklankan premis mereka di akhbar, sama seperti mereka yang memohon kebenaran menjual minuman keras.
“Iklan-iklan ini akan memaklumkan masyarakat mengenai sebarang perancangan oleh sesiapa saja untuk membuka pusat hiburan berdekatan mereka, dan bagi mengetahui sekiranya ia mendapat bantahan masyarakat setempat.”
Jahara turut mempersoalkan mengapa pihak berkuasa tempatan membenarkan banyak pusat hiburan dibuka di Pulau Pinang sejak 2008.
Beliau berkata terdapat 2,121 pusat hiburan keluarga, karaoke, snooker dan rumah urut, sama ada berlesen atau tidak. 121 daripadanya tidak tidak mendapat kebenaran polis, kata Jahara.
Dilaporkan pada bulan lepas, pihak polis di Pulau Pinang menjalankan 240 serbuan dan lebih daripada 478 simulator, 709 mesin slot dan lebih 180 peranti lain yang digunakan untuk perjudian haram disita. – 8 November, 2017.
Komen