DAP Pulau Pinang kutip RM5 juta bantu mangsa banjir


Looi Sue-Chern

DAP Pulau Pinang sudah mengutip RM5.13 juta untuk tabung bencana banjir dan taufan negeri itu setakat jam 10 pagi tadi. Naib Pengerusi Negeri DAP, Zairil Khir Johari berkata yang wang itu dikumpulkan dalam tempoh hanya 64 jam selepas tabung itu dilancarkan pada Ahad. – Gambar fail The Malaysian Insight, 8 November, 2017.

DAP Pulau Pinang sudah mengutip RM5.13 juta untuk tabung bencana banjir dan taufan negeri itu setakat jam 10 pagi tadi.

Naib Pengerusi Negeri DAP, Zairil Khir Johari berkata yang wang itu dikumpulkan dalam tempoh hanya 64 jam selepas tabung itu dilancarkan pada Ahad.

Katanya, semua wang itu akan disalurkan kepada kerajaan negeri untuk membantu mangsa banjir.

“Kami akan terus mengumpul duit sehingga 15 November,” katanya pada satu sidang media di bangunan Dewan Undangan Negeri hari ini.

Ribut pada Ahad dan Sabtu menyebabkan hujan turun lebat dan angin kencang di Pulau Pinang. Hampir 80% penduduk Pulau Pinang terjejas kerana banjir kilat, tanah runtuh dan pokok tumbang.

Zairil berkata tabung itu dilancarkan selepas DAP Pulau Pinang menerima pertanyaan mereka yang mahu membantu mangsa banjir itu.

“Kami sangat berterima kasih kepada mereka yang menderma kepada tabung itu,” katanya.

Mereka yang mahu menderma kepada tabung itu boleh menghantar cek atas nama “DAP Pulau Pinang” beralamat di No.3 Jalan Rangoon, George Town, Pulau Pinang.

Derma juga boleh disalurkan kepada akaun parti, Maybank 5070-1301-4596. – 8 November, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen