PUTRAJAYA mesti jelaskan kerahsian perjanjian jualan dan pembelian tanah di Tun Tazak Exchange (TRC) di antara dua entiti milik kerajaan, kata Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua.
Pua berkata Perdana Menteri Najib Razak dalam jawapan Parlimennya menggunakan klausa kerahsiaan di antara pembeli dan penjual apabila ditanya mengenai kos dan saiz tanah di TRX yang mana anak syarikat milik Kementerian Kewangan, Aroma Teraju Sgn Bhd perolehi daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada 2015.
“Hanya ada satu sebab untuk memohon klausa kerahsiaan dan ia tiada kena mengena dengan “pertimbangan komersil” yang dikatakan.
“Ia untuk menutup fakta yang Kementerian Kewangan membayar lebih tinggi untuk beli semula sebahagian kecil tanah utama yang dijual pada harga harga rendah kepada 1MDB pada 2020,” katanya pada sidang akhbar di Parlimen hari ini.
Dalam jawapan bertulis parlimen Isnin lalu, Najib memetik klausa kerahsiaan untuk melindungi pertimbangan komersil antara dua pihak.
Beliau juga berkata terma-terma itu selaras dengan terma utama yang digunapakai dalam pasaran di antara transaksi serupa.
“Menteri memilih untuk mengabaikan Aroma Teraju dan 1MDB dimiliki sepenuhnya Kementerian Kewangan,” kata Pua.
Pua berkata menurut Penyata Kewangan 1MDB 2011, TRX yang berkeluasan 70 ekar dan diperolehi daripada kerajaan pada nilai RM194 juta, atau hampir RM64 setiap kaki persegi pada 2010.
Tambah Pua lagi, pada tahun yang sama, Aroma Teraju mendapat sebidang tanah daripada 1MDB, dan menjual tanah TRX lain kepada institusi berkaitan kerajaan lain.
Lembaga Tabung Haji memperolehi 1.6 ekar untuk RM188.5 juta atau lebih daripada RM2,800 setiap kaki persegi dan Affin Bank yang merupakan anak syarikat Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) memperolehi 1.25 ekar untuk RM255 juta atau hampir RM4,700 setiap kaki persegi, kata Pua.
“Saya cabar 1MDB, Arul Kanda atau menteri kewangan untuk menafikan dakwaan bersama angka dan fakta.
“Kalau tidak, ia mengesahkan kerahsiaan tentang perjanjian jual beli mudah di antara dua entiti kerajaan itu memang untuk melindungi satu lagi rompakan terang-terangan terhadap pembayar cukai Malaysia untuk menyelamatkan 1MDB yang sarat dengan hutang.
“Sekiranya Aroma Teraju membayar mana-mana harga menghampiri harga dibayar Tabung Haji atau Affin Bank, ini bermakna ia amat diluar jangkaan pembayar-pembayar cukai. – 8 November, 2017.
Komen