Elak kakitangan perubatan tangani Covid-19 lesu, kata pakar


Ragananthini Vethasalam

Felo Kanan Sistem dan Polisi Kesihatan UM Dr Khor Swee Kheng mengingatkan sistem kesihatan negara perlulah mantap dan kakitangan dalam sistem tersebut tidak mengalami kelesuan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 17 Februari, 2020.

MALAYSIA perlu memastikan kakitangan perubatan yang terlibat dalam membanteras wabak Covid-19 tidak mengalami kelesuan, kata pakar dari Universiti Malaya (UM).

Dr Khor Swee Kheng memuji langkah kerajaan menangani wabak Covid-19, tetapi pada masa yang sama mengingatkan sistem kesihatan negara perlu mantap dan kakitangan dalam sistem tersebut tidak mengalami keletihan.

“Perlu diingatkan bahawa doktor dan jururawat di barisan hadapan perlu diambil berat supaya mereka tidak kepenatan atau tertekan supaya tidak mengalami kemalangan selepas habis bertugas,” kata Felo Kanan Sistem dan Polisi Kesihatan UM itu.

Khor juga menekankan kepentingan pengurusan sumber, terutamanya peruntukan. Katanya, walaupun menangani wabak perlu diutamakan, tetapi perbelanjaan untuk usaha itu perlu dilakukan dengan bijak.

“Apa yang saya maksudkan ialah peruntukan untuk sistem kesihatan kita sangat terhad. Kita tidak boleh guna peruntukan yang dikhaskan untuk pesakit kencing manis, wanita mengandung serta penjagaan kanak-kanak dan penjagaan kecemasan hanya untuk melawan wabak ini.”

Malaysia secara amnya memperuntukkan terlalu sedikit untuk penjagaan kesihatan.

Malaysia secara amnya berbelanja sedikit untuk penjagaan kesihatan, iaitu sekitar 4.5% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

“Untuk menghadapi wabak di masa depan, apa yang Malaysia boleh lakukan ialah meningkatkan pelaburan ke dalam sistem kesihatan, terutamanya  Liputan Kesihatan Sejagat (UHC) dan Penjagaan Kesihatan Primer,” katanya. – 17 Februari, 2020.

Berita penuh di sini.              


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen