Tidak perlu bimbang kemelesetan berikutan wabak Covid-19, kata menteri


Chan Kok Leong

Menteri Kewangan Lim Guan Eng, pakej rangsangan ekonomi yang akan diumumkan 27 Februari ini akan membantu mengembalikan keyakinan dalam pasaran.– Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 17 Februari, 2020.

PAKEJ rangsangan ekonomi yang akan diumumkan pada 27 Februari ini bertujuan untuk memelihara sektor swasta agar mereka dapat menikmati manfaat, kata Lim Guan Eng.

Menteri kewangan berkata, Putrajaya berharap agar pakej itu akan membantu mengembalikan keyakinan dalam pasaran.

“Sekiranya wabak koronavirus (Covid-19) tercetus pada April, kamu boleh jangkakan pemulihan,” kata Lim kepada pemberita di Cyberjaya hari ini.

Namun menurut Lim, Malaysia tidak akan berdepan kemelesetan.

“Tidak perlu bimbang mengenai kemelesetan. Kadang-kadang ketakutan lebih teruk daripada penyakit itu sendiri.”

Tambahnya, pakej rangsangan itu sendiri direka untuk mengurangkan kemungkinan kemelesetan.

Lim juga enggan mengesahkan sama ada Kementerian Kewangan akan menyemak semula ramalan KDNK Malaysia untuk tahun 2020.

“Sila tunggu minggu depan apabila perdana menteri umumkan pakej rangsangan. Saya tidak kata sama ada kita akan semak semula perkara itu buat masa ini,” kata Lim.

Semalam, Singapura menyemak semula unjurannya untuk 2020 dari 0.5% -2.5% hingga -0.5% -1.5%, bagi membendung kemelesetan akibat Covid-19.

Malah terdapat laporan media minggu lalu yang menyatakan Covid-19 boleh mengurangkan pertumbuhan China sehingga 1%. – 17 Februari, 2020.

Berita penuh di sini. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen