MALAYSIA mempertahankan prosedur ujian Covid-19 terhadap seorang wanita berusia emas dari Amerika, di samping turut menyifatkan prosedur negara ini berhadapan wabak itu sebagai “bertaraf dunia”.
Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata wanita itu telah disahkan telah menjalani ujian Covid-19 dan didapati positif sebanyak dua kali.
“Wanita itu diuji positif dua kali (untuk koronavirus). Selepas ujian pertama, ada yang mengatakan bahawa kami tidak mengikut prosedur yang betul tetapi kami menunjukkan protokol kami dan mereka bersetuju bahawa protokol kami adalah kelas dunia.
“Ia bukan palsu. Ia positif, “katanya kepada pemberita pada taklimat Kementerian Kesihatan hari ini.
Dr Wan Azizah memberi maklum balas kepada dakwaan bahawa warga Amerika tersebut adalah salah seorang penumpang sebuah kapal pesiaran yang berlabuh di Kemboja tidak mempunyai virus Covid-19.
Beliau berkata wanita itu batuk dan demam dan suhunya dikesan pengimbas suhu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ketika dia memasuki negara dari Kemboja.
Pihak berkuasa Kemboja juga menyeru Malaysia untuk mengkaji semula hasil ujiannya kerana negara itu mengatakan mereka telah membuat sampel secara rawak ke atas penumpang dan tidak menemui sebarang hasil ujian positif.
Namun Dr Wan Azizah mengesahkan bahawa ujian Covid-19 diulangi untuk wanita Amerika dan suaminya malam tadi dan hasilnya sama - isterinya positif sementara suaminya disahkan negatif.
Mengenai persampelan secara rambang, Dr Wan Azizah berkata: “Mereka hanya melakukan 20 atau kurang daripada 10% penumpang. Kami tidak mahu mempertikaikan metodologi mereka.
“Kita hanya uji mereka apabila mereka sampai ke negara kita.”
Pada hari Jumaat, kapal Holland America Line menyewa MH8763 untuk mengambil 145 penumpang dari Sihanoukville, Kemboja ke lapangan terbang Kuala Lumpur International.
Daripada 145 penumpang, dua didapati mereka mengalami gejala (batuk dan demam) manakala enam lagi telah dikuarantin. Sebanyak 137 penumpang dibenarkan keluar dari negara ini. – 16 Februari, 2020.
Komen