Sorotan perbicaraan SRC International: Bekas menteri, diplomat beri keterangan berhubung dana Arab Saudi


Bede Hong

Anifah kemudian memberi keterangan bahawa beliau memberitahu Najib bahawa tindakan menerima tawaran keluarga diraja kerajaan Saudi adalah sah dari segi undang-undang. – Gambar fail The Malaysian Insight, 16 Februari, 2020.

DUA bekas menteri dan bekas diplomat mengakui turut menghadiri mesyuarat di mana penguasa Arab Saudi, Raja Abdullah Abdul Aziz Al-Saud didakwa telah menawarkan sumbangan kepada Najib Razak untuk membantu beliau ketika Pilihan Raya Umum 2013, di Mahkamah Tinggi minggu lalu.

Pertemuan itu berlangsung pada awal Januari 2010 di Riyadh, dan turut disaksikan bekas menteri luar negeri Anifah Aman, duta besar Malaysia ke Arab Saudi, Syed Omar Al-Saggaf dan menteri hal ehwal Islam, Jamil Khir Baharom.

Syed Omar berkata beliau kemudian dimaklumkan oleh Najib bahawa Raja Abdullah telah menawarkan sumbangan untuk memastikan Malaysia kekal menjadi model negara Islam dan untuk membendung penyebaran unsur perpecahan berikutan kebangkitan revolusi di negara-negara Arab.

Jamil Khir, seorang tentera bersara, memberi keterangan bahawa beliau melihat kedua-dua orang berbincang pada akhir pertemuan mereka.

Beliau berkata ketika itu beliau difahamkan bahawa dana daripada keluarga diraja Saudi disalurkan terus ke dalam akaun bank peribadi Najib bagi mengelakkan sebarang masalah.

“Saya dimaklumkan bahawa ini adalah untuk melancarkan proses politik untuk Datuk Seri Najib dan juga kerana Raja Abdullah bimbang jika beliau menyalurkan sumbangan kepada mana-mana entiti politik akan menyulitkan cara dana itu dibelanjakan,” kata Jamil.

Najib menghadapi tujuh tuduhan jenayah kerana menerima RM42 juta antara Disember 2014 dan Februari 2015.

Anifah kemudian memberi keterangan bahawa beliau memberitahu Najib bahawa menerima tawaran keluarga diraja kerajaan Saudi adalah sah dari segi undang-undang.

“Saya meyakinkan beliau bahawa hal itu tidak penting kerana sumbangan itu akan digunakan untuk CSR (tanggungjawab sosial korporat) dan tujuan politik, dan ia menjadi amalan biasa di dalam Umno untuk presiden sendiri yang menjaga sebahagian besar dana politik . “

Dia juga mempertahankan keputusannya untuk tidak memaklumkan kepada Parlimen atau kabinet mengenai dana yang didakwa dari Arab Saudi, mengatakan bahawa sumbangan itu adalah “perkara peribadi” antara mereka berdua. – 16 Februari, 2020.

Berita penuh di sini
 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen