PENDUDUK Taman Desa menggesa kondominium yang sebahagiannya runtuh pada Jumaat, dirobohkan jika disahkan tidak selamat oleh pihak berkuasa.
Sebahagian kondominium 35 tingkat The Address 2 runtuk pada petang Jumaat, menyebabkan dua orang cedera. Tiada kematian dilaporkan.
Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad semalam berkata kegagalan struktur mungkin menjadi punca bangunan yang sedang dibina itu runtuh.
Projek itu yang berbaki 54 bulan untuk siap, dihentikan sementara untuk siasatan lanjut.
Kumpulan penduduk Lindungi Taman Desa berkata ia bukan kali pertama insiden besar berlaku kerana pada bulan Januari tahun lalu, sebuah kren tumbang ketika terlibat dalam pembinaan bangunan Address 1.
Tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu tetapi berlaku kerosakan terhadap sebuah kondominium 10 tingkat yang terletak bersebelahan.
“DBKL, kita sudah maklumkan. Ini adalah bencana yang menunggu masa,” kata jurucakap kumpulan itu Philip Phan merujuk kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

“Adakah agensi relevan menjalankan penguatkuasaan dan audit di tapak projek? Bagaimana perkara yang buruk ini ditangani?
“Jika siasatan terperinci mendapat runtuhan berpunca akibat kegagalan struktur dan keseluruhan struktur bangunan perlu diambil kira. Pemaju termasuk pengarahnya perlu memastikan saki baki bangunan itu dirobohkan segera.
“Langkah ini perlu bagi tidak lagi membangkitkan kebimbangan awam kerana ia akan menjadi projek terbengkalai atau tempat pembiakan nyamuk,” kata Phang,
“Jika ada isu struktur, robohkan semua struktur yang ada dengan segera,” katanya.
Pemajuk mendakwa runtuhan itu berlaku ketika bahan konkrit dibawa naik untuk pembinaan kolam renang di tingkat enam.
Kumpulan penduduk itu mahu siasatan pihak kementerian disiarkan kepada umum dan mereka mendakwa pembinaan itu dilakukan dengan kadar yang cepat.
“Perlu ada ketelusan tanpa kompromi. Jangan ada yang terlepas,” kata Phang. – 16 Februari, 2020.
Berita penuh di sini.
Komen