Kes Covid-19 di kapal Jepun meningkat kepada 355


Kapal persiaran Diamnod Princess masih dikuarantin di perairan Jepun.– Gambar EPA, 16 Februari, 2020.

JUMLAH penumpang disahkan positif koronavirus di atas kapal persiaran di perairan Jepun meningkat kepada 355 orang, kata menteri kesihatannegara berkenaan.

“Setakat ini kami telah jalankan ujian ke atas 1,219 individu. Daripada jumlah itu, 355 orang disahkan positif. Daripada jumlah berkenaan 73 tidak menunjukkan sebarang gejala,” kata Katsunobu Kato pada perbincangan meja bulat yang disiarkan stesen televisyen NHK.

Jumlah terbaharu itu diperoleh selepas Amerika Syarikat bersedia untuk memindahkan beberapa rakyatnya daripada kapal Diamond Princess, yang dikuarantin sejak 5 Februari di Pelabuhan Yokohama, dekat Jepun.

Hong Kong turut menawarkan 330 warganya dalam kapal berkenaan untuk pulang dengan menaiki penerbangan yang ditempah.

“Berdasarkan jumlah kes Covid-19 yang dikesan atas kapal Diamnod Princess, jabatan kesihatan membuat penilaian terhadap penumpang dan anak kapal mempunyai risiko tinggi untuk dijangkiti virus berkenaan,” kata kedutaan AS dalam surat kepada penumpang kapal berkenaan.  – AFP, 16 Februari, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen