Peguam bela Rosmah terus cabar kredibiliti Mahdzir


Ravin Palanisamy

Peguam bela Rosmah Mansor, Jagjit Singh hari ini mencabar kredibiliti Mahdzir Khalid dengan menyoal jika bekas menteri pendidikan itu mempunyai jet peribadi yang sering digunakan untuk berjudi. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 13 Februari, 2020.

PEGUAM bela Rosmah Mansor hari ini mencabar kredibiliti Mahdzir Khalid dengan menyoal jika bekas menteri pendidikan itu mempunyai jet peribadi yang sering digunakan untuk berjudi di luar negara.

Saksi kelima pendakwaan pada perbicaraan Rosmah Mansor yang dituduh meminta dan menerima rasuah berhubung projek tenaga solar untuk sekolah di Sarawak itu ditanya jika mempunyai jet peribadi Gulfstream GIV-SP SN1487 atau pernah menaiki pesawat itu.

Mahdzir berkata beliau tidak tahu mengenai jet yang dikatakan peguam bela Rosmah, Jagjit Singh.

Jagjit: Jet peribadi GIV-SP SN1487. Milik kamu?

Mahdzir: Bukan.

Jagjit: Kamu tahu siapa pemiliknya?

Mahdzir: Tak tahu.

Jagjit: Kamu guna jet ini?

Mahdzir: Tak pasti.

Peguam itu kemudian bertanya jika Mahdzir tahu jet itu diterbangkan ke Kuching, Pulau Pinang dan Macau, dan bekas menteri Umno itu menjawab tidak tahu.

Jagjit: Kamu tahu jet Gulfstream itu terbang ke Kuching, Pulau Pinang dan Macau?

Mahdzir: Tak tahu.

Selasa lalu, Jagjit menuduh Mahdzir “menteri paling korup” kerana setuju meluluskan projek hibrid solar di Sarawak sebagai balasan suapan RM60 juta.

Pembelaan juga mendakwa Mahdzir sering ke Macau, Singapura dan Perth untuk berjudi, menggunakan suapan yang diterimanya itu. 

Mahdzir menafikan dakwaan peguam bela Rosmah. – 13 Februari, 2020.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen