Dewan Ulama suruh Azmin jaga mulut


Sheridan Mahavera

Perwakilan PAS Bakri Nikmat mendesak parti Islam itu mengambil pendirian jelas terhadap PKR, selepas beberapa pemimpin PKR mengkritik PAS pada sesi bahas di perhimpunan Dewan Ulama di Kedah, hari ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 27 April, 2017.

HUBUNGAN tegang antara PKR dan PAS sekali lagi terserlah hari ini apabila ahli Dewan Ulama PAS mengecam Menteri Besar Selangor Azmin Ali kerana menghina ulama.

Ahli Dewan Ulama Bakri Nikmat juga mendesak parti Islam itu mengambil pendirian jelas terhadap PKR, selepas beberapa pemimpin PKR mengkritik PAS.

“Kami harap pemimpin parti beri kami hala tuju yang jelas bila parti lain yang sepatutnya kawan kita, hina pemimpin kita. Orang yang menghina Tok Guru kami,” kata Bakri ketika sesi bahas di perhimpunan Dewan Ulama hari ini.

“Azmin, jangan terlepas mulut lagi dan hina ulama.

“Saya minta ketua parti membuat keputusan tegas mengenai isu ini,” katanya merujuk kepada komen Azmin hujung tahun lepas yang menguji hubungan antara PKR dan PAS, yang sudah sedia tegang. – 27 April, 2017.

 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen