Anifah yakinkan Najib sumbangan Arab Saudi sah


Bede Hong

Bekas menteri luar Anifah Aman dalam keterangannya dalam kes SRC International hari ini berkata Najib Razak meminta pandangannya tentang sumbangan daripada keluarga diraja Arab Saudi. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 13 Februari, 2020.

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu bekas menteri luar Anifah Aman meyakinkan Najib Razak pada 2010 bahawa mengambil tawaran sumbangan daripada keluarga diraja Arab Saudi itu boleh diterima daripada segi undang-undang dan politik.

Anifah yang hadir bersama Najib pada mesyuarat dengan almarhum Raja Abdullah Abdulaziz Al Saud di Riyadh pada 11 Januari, 2010, tidak membantah sumbangan berkenaan ketika diberitahu oleh bekas perdana menteri itu.

Saksi pendakwa pada perbicaraan kes SRC International itu dalam keterangannya berkata beliau nampak Najib berbual secara peribadi dengan Raja Abdullah pada penghujung mesyuarat tidak rasmi itu.

“Datuk Seri Najib kemudian tanya pendapat saya tentang sumbangan kewangan itu dimasukkan ke akaun bank peribadinya,” kata Anifah dalam keterangannya.

“Saya yakinkan beliau tidak mengapa kerana sumbangan itu bagi kegunaan CSR dan tujuan politik dan menjadi amalan biasa dalam Umno bagi untuk presiden parti sendiri bertanggungjawab dalam kebanyakan dana politik.” – 13 Februari, 2020.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen